
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mufti besar Shawqi Allam mengutuk sekeras-kerasnya pembuhan Syiah di kampung Giza yang dilakukan sekumpulan perusuh pada hari Ahad lalu. Beliau menganggap insiden ini meningkatkan kebimbangan terhadap perbalahan mazhab di Mesir.
Insiden tersebut bermula apabila sekumpulan pelampau agama berkumpul di hadapan sebuah rumah ketika masyarakat Syiah sedang mengadakan sebuah majlis. Menurut Ahram Online, perusuh bertindak membunuh empat penduduk bermazhab Syiah dan mencederakan beberapa orang yang lain dan kejadian itu sempat dirakam dengan video.
"Islam tidak mengiktiraf tindakan tersebut yang mana ia bertentangan dengan sifat semulajadi manusia," kata Shawqi Allam pada hari Isnin lalu.
Antara yang dibunuh dalam rusuhan tersebut ialah pemimpin Syiah Hasan Shehata.
Ulama senior Sunni tersebut menegaskan bahawa pertumpahan darah dalam Islam adalah haram dan amat dilarang dalam Islam, bahkan ianya dianggap lebih serius daripada dosa pemusnahan Kaabah.
Pemulihan hubungan sengan Iran, fitnah konflik Sunni Syiah di Syria telah mencetuskan perdebatan tentang potensi penyebaran Syiah di Mesir di kalangan beberapa kumpulan-kumpulan Islam.
Allam menjelaskan bahawa Islam melarang perlecehan terhadap mayat. "Amanat Islam ialah melayan mayat sebagaimana manusia hidup, melarang pembantaian dan penyeretan jenazah," kata mufti tersebut sambil merujuk kepada perlakuan perusuh yang bertindak menyeret jenazah mangsa dalam insiden tersebut.
Allam turut memberi amaran terhadap meningkatnya pergeseran mazhab di Mesir yang dapat menyeret negara ke dalam konflik keganasan.
Hingga kini tiada statistik rasmi jumlah populasi Syiah muslim di Mesir, namun beberapa tokoh Syiah mendakwa terdapat sejuta pengikut mazhab tersebut.